MENGENAI KAMI

Kami melihat kekurangan dalam aplikasi pemantauan sediada di dalam pasaran semasa hari ini. Aplikasi pemantauan yang ada di pasaran mempunyai kebolehan untuk menjejak, tetapi TIDAK mempunyai sebarang Pasukan Responden yang boleh membantu menangani sebarang situasi kecemasan. Kerjasama dengan Community Policing Malaysia dan Viper Force yang bertindak sebagai responden sokongan membawa satu keunikan kepada TraqKid berbanding dengan aplikasi pemantauan yang lain.

TraqKid merupakan satu-satunya aplikasi online yang memberi servis sokongan secara kolektif kepada para ibubapa yang melanggan. Dimana bantuan sokongan kecemasan dapat di akses dan di adaptasi dengan meluas terutama apabila keperluan meningkat.

TraqKid terhasil daripada gandingan usahasama solusi penjejakan dari pelbagai saluran telekomunikasi melalui gajet Telefon/Jam Pintar, Pusat Talian Bantuan dan Pasukan Responden yang membantu memberi khidmat pelbagai bantuan kecemasan mengikut permintaan pelanggan.

Dengan TraqKid, kami membawa satu revolusi baru dalam perkhidmatan ‘location based tracking’ yang mampu memberi kemudahan yang efisien dan komited kepada pelanggan serta nilai khidmat pelanggan yang berkualiti tinggi. Dengan disokong oleh Pusat Talian Bantuan dan sokongan Pasukan Responden yang senantiasa siapsiaga pada bila-bila masa.

Solusi Penjejakan
Menggunakan Mobile Cellular 3G / Teknologi LTE
Pusat Talian Bantuan
Pusat Talian Bantuan 24/7 siapsiaga sedia membantu
Pasukan Responden
Terdiri daripada Community Policing Malaysia dan Viper Force
 
MENDAPATKAN AKSES

Ibubapa boleh melanggan Aplikasi TraqKid untuk mendapat sokongan perkhidmatan keselamatan anak-anak secara lengkap dan menyeluruh yang akan memberi ketenangan hati dan minda pada setiap masa.

Pelanggan akan mendapat kad sim (termasuk perkhidmatan panggilan dan data yang ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi) serta akses kepada pusat talian khidmat Pusat Tindak Balas dan Pasukan Responden yang akan membantu sekiranya diperlukan.


PENJEJAKAN
Menggunakan Mobile Cellular 3G / Teknologi LTE
 
Menjejak secara ‘real-time’
Menunjukkan lokasi anak anda dalam keadaan ‘real-time’
 
Perekodan
Anda boleh melihat kedudukan dan pergerakan anak anda dalam tempohmasa 24 jam yang terdahulu.
 
 
Menjejak Ramai Anak
Perlu mengawasi semua anak anda? Jangan risau! Anda boleh melanggan kepada lebih daripada 1 akaun di bawah Aplikasi TraqKid.
 
 

Pusat Khidmat Panggilan dan Pasukan Tindak Balas

TraqKid menyediakan satu Pusat Talian Bantuan 24 jam yang akan menjawab panggilan semasa dan di waktu kecemasan. Pasukan Talian Bantuan atau Pasukan Responden yang terdekat akan diaktifkan sekaligus menyelesaikan situasi kecemasan mengikut kes, di atas permintaan pelanggan.

 
Mulakan Langkah Anda

Memberi ketenangan hati dan minda dengan bantuan Aplikasi TraqKid secara menyeluruh. Mohonlah hari ini dan dapatkan notifikasi TraqKid segera.

PACKAGE

RM60

  • Unlimited High-Speed Data
  • Unlimited Calls
  • Real-time Live Tracking
  • History
  • Call Center & Responders

+

INSURANCE

RM36
yearly

  • Personal Accident Insurance
  • Accidental Death (RM20,000)
  • Permanent Total Disablement (RM20,000)
  • Accidental Medical Expenses (RM1,000)
  • Funeral Expenses due to Accident (RM1,000)
 

Sebagai ibubapa, anak-anak adalah permata kegembiraan di dalam hidup mereka. Anak-anak adalah legasi penyambung keturunan mereka di masa hadapan. Pastinya semua ibubapa tidak dapat membayangkan sekiranya berlaku sebarang kecelakaan dan kecemasan ke atas anak-anak mereka ataupun anak mereka hilang dan tidak dapat dipastikan lokasi mereka untuk jangkamasa yang pendek, mahupun panjang.

Dengan melanggan TraqKid, secara langsung akan memberikan kemudahan solusi penjejakan yang efisien kepada ibubapa serta memberi satu gelombang informasi kepada semua ibubapa bagi menyedari tentang kepentingan keselamatan anak-anak mereka.

Dengan ini kita boleh membina satu komuniti yang senantiasa PEKA dan PRIHATIN akan kepentingan keselamatan kanak-kanak pada setiap masa.

 
TraqKid mobile

Aplikasi TraqKid boleh di akses di mana sahaja anda
berada. Akses ini terdapat di dalam Android dan iOS.

 
RAKAN USAHASAMA

TraqKid direalisasikan dengan gabungan bersama UMobile, Community Policing Malaysia, Viper Force dan Pusat Talian Bantuan.

U MobileKEPOLISIAN MASYARAKATVIPER FORCE
TRAQKID SURAT BERITA

Daftar Sekarang